Dikemaskini pada: 12 September 2020 bersamaan 24 Muharram 1442
Pengenalan
Anda diminta untuk membaca dengan teliti rencana ini sebelum menggunakan perkhidmatan Sistem Faharasat Institut Kajian Sejarah dan Perundangan DiRaja Terengganu (R-TIHiLS). Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda bersetuju dengan syarat dan kaedah yang dikenakan bagi memastikan penggunaan sistem yang lebih baik dan lebih tertib.
Pendaftaran Penyelidik
Untuk menggunakan carian, pendaftaran sebagai Penyelidik perlu dilakukan. Untuk mendaftar, pengguna perlu menghubungi pentadbiran R-TIHiLS untuk mendapatkan borang pendaftaran penyelidik. Borang boleh dihantar melalui mel elektronik ataupun melalui penghantaran fizikal. Setelah itu, pentadbiran akan meneliti permohonan berkenaan dan akan memaklumkan keputusan pendaftaran sama ada melalui telefon serta melalui mel elektronik.
Carian Dan Gelintaran
Carian dan gelintaran boleh dilakukan sama ada melalui kata kunci ataupun melalui pemaparan senarai terperinci pada menu di dalam sistem. Maklumat terperinci mengenai bahan akan dipaparkan dan pengguna boleh merekodkan nombor bahan untuk rujukan dan kajian selanjutnya. Sistem ini tidak memaparkan bahan yang berada di dalam simpanan R-TIHiLS secara digital dan pengguna yang berhajat untuk melihat dokumen boleh ke pejabat pentadbiran R-TIHiLS untuk membuat permohonan.
Perkongsian Maklumat
Perkongsian maklumat bahan yang berada di dalam sistem ini boleh dilakukan dengan syarat memaklumkan kepada pentadbiran R-RIHiLS terlebih dahulu.
Pertanyaan, Kritikan Dan Saranan
Sebarang pertanyaan, kritikan dan saranan bolehlah diajukan kepada R-TIHiLS melalui saluran-saluran rasmi yang telah disediakan.