Latar Belakang

Pengenalan

Institut Kajian Sejarah dan Perundangan DiRaja Terengganu (R-TIHiLS) merupakan satu badan yang ditubuhkan pada 31 Disember 2013 di bawah Akta Syarikat 1965 (Seksyen 16(4)) dengan nombor syarikat 1075920D dan pada 1 Oktober 2018, syarikat telah memulakan operasi. Skop kajian R-TIHiLS tertumpu kepada pensejarahan, kebudayaan, perundangan serta oseanologi dengan sumber rujukan daripada pelbagai institusi dalam dan luar negara dalam usaha untuk menjadi pusat rujukan rekod bagi negeri Terengganu serta menjalinkan kajian dengan badan-badan penyelidikan yang terlibat.

Visi

Menjadi sebuah pusat rekod negeri yang terunggul di Malaysia dalam bidang pensejarahan & budaya, perundangan serta oseanologi.

Misi

1. Memupuk & menggalakkan perkongsian ilmu dalam bidang pensejarahan & budaya, perundangan serta oseanologi.

2. Memastikan segala bahan yang berkaitan yang diperoleh akan dipelihara dengan sempurna dan menjadi rujukan kepada Kerajaan Negeri Terengganu & para penyelidik.

Objektif

1. Mengenalpasti & merakamkan hak kedaulatan Terengganu melalui bukti sejarah & perundangan.

2. Merakam pensejarahan Terengganu melalui perspektif watan.

3. Mengadakan kajian kebudayaan & konfigurasi jati diri rakyat Terengganu.

4. Merumus kaedah melestarikan hak kedaulatan negeri & jati diri rakyat Terengganu.

5. Sebagai badan perunding kepada Kerajaan Negeri Terengganu dalam perkara yang menyentuh hak kedaulatan negeri.

6. Pusat sehenti untuk menyelaraskan kajian dalam bidang tumpuan dengan pusat penyelidikan lain.

7. Mengumpul & mengurus bahan bersejarah berkaitan dengan sejarah dan perundangan negeri.

Menjalankan kajian laut dalam wilayah pelantar benua Terengganu & menyelaras pengurusan laut dengan pihak berkuasa berkaitan.